CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, April 13, 2011

Perasaan Bersalah..;)

Hai sumer..;)

Pernah x rasa bersalah..?



Bersalah dgn Allah..? Mungkin dgn Ibu bapa..atau kawan..?

Rasa Bersalah ni kawan2 tau merupakan satu nikmat dr Allah S.W.T

Seseorang yang melakukan kesalahan kemudian merasa dirinya bersalah lebih baik dari mereka yang beramal soleh kemudian merasa dirinya suci bersih.
Yang terbaik di antara keduanya ialah mereka yang beramal soleh, kemudian merasa dirinya lemah tidak berdaya kecuali dengan pertolongan dan kekuatan dari Allah semata. Mereka juga sentiasa beristighfar dari dosa yang disedari mahupun tidak disedari.
Tatkala terdetik rasa bersalah dan menyesal dalam diri yang telah melakukan dosa, di sana Allah sedang memandangmu dengan penuh kasihan belas dan kasih sayang.
Rasa menyesal itu merupakan taufik dari Allah agar dirimu tidak meninggalkanNya jauh dan semakin jauh.
Rasa bersalah yang menghantui itu pula merupakan dorongan dari Allah agar segera bertaubat kepadaNya.
Syaitan amat takut pada setiap hamba yang menyedari kesalahannya. Iblis tidak mahu manusia bertaubat dari perbuatan salah yang pernah dilakukan. Iblis tahu bahawa Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang pada setiap dosa-dosa kecuali dosa syirik.
Daripada benih ‘menyesal’ dan ‘rasa bersalah’ itu, Allah mahukan pohon taubat dari kita.
Mari sama-sama kita hayati pesanan dan bujukan dari Allah ini pada kita, makhlukNya. Dengan lemah lembut Allah berkata,
يا ابن آدم إنك ما دعوتني ورجوتني غفرت لك على ما كان فيك ولا أبالي، يا ابن آدم لو بلغت ذنوبك عنان السماء ثم استغفرتني غفرت لك ولا أبالي، يا ابن آدم إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطايا ثم لقيتني لا تشرك بي شيئا لأتيتك بقرابها مغفرة .
Maksudnya:
Wahai Anak Adam!

Selagimana engkau merayu padaku dan mengharapkan daku, Aku ampunkan segala kesalahanmu dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai Anak Adam!
Sekiranya dosa-dosamu memenuhi langit, kemudian engkau memohon maaf kepadaKu, nescaya Aku maafkan dirimu serta Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai Anak Adam!
Sekiranya engkau datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian engkau menemuiKu dalam keadaan tidak menyekutukan Aku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh isi bumi pula.
Hadis direkodkan oleh Imam al-Tirmizi. Dia mengatakan hadis ini Hasan Sahih.
Kawan2 bleh jugak bce Blog entri daripada blog Islamic Friendship Society
4 peringkat yg boleh merosakkan hati..Best entri nihs..
X rugi pon..Boleh tambah bnyk ilmu..
Kan2..? Sharing is Caring..
Selamat Beramal..
Sumber Rujukan:



1 org bercakap-cakap:

Qaseh Dalia said...

kalau kita buat salah n rasa bersalah alhamdulillah iman kita masih ada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fav Song


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com